Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-96

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan secara virtual pada 25 September 2021 (Sabtu) bersamaan 18 Safar 1442H jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3,Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad.

AGENDA

  1. Mengesah Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 95 yang telah diadakan pada 26 September, 2020.
  2. Menimbang Laporan Berkanun Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Laporan Juruaudit Luar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020.
  3. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit dan cadangan pembahagian keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020 dan subsidiari-subsidiari Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad.
  4. Memilih empat (4) orang Anggota Lembaga bagi mengisi tempat Anggota Lembaga yang telah tamat tempoh mengikut giliran di bawah fasal (1)(2) UUK 38.
  5. Menimbang dan meluluskan kajian semula belanjawan tahun 2021 dan anggaran belanjawan tahun 2022 serta subsidiari-subsidiari koperasi.
  6. Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengerusi dan Setiausaha Kawasan serta saraan kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari atau subsidiari-subsidiari Koperasi.
  7. Meluluskan pelantikan tidak lebih empat (4) panel firma audit untuk mengaudit akaunakaun koperasi.
  8. Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan koperasi tidak lebih RM100 juta bagi tahun 2021 dan 2022 serta menetapkan had keterhutangan pinjaman luar tidak lebih RM100 juta pada kadar faedah semasa pasaran.
  9. Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang perwakilan dan empat (4) orang Anggota Lembaga termasuk Pengerusi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96.
  10. Membahaskan usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96.
  11. Menimbang dan meluluskan cadangan Aturan-aturan seperti berikut :
    i) Membatalkan Aturan Pemilihan Anggota Lembaga
    ii) Aturan Pelantikan Anggota Lembaga
    iii) Pindaan Aturan Pembiayaan Islamik Anggota
    iv) Pindaan Aturan Pembiayaan Islamik Kakitangan
    v) Pindaan Aturan Tabung Perlindungan Pembiayaan Anggota dan Kakitangan

Dengan Perintah,
Lembaga Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad


Related News