Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 97

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bersamaan 25 Zulkaedah 1443H jam 9.00 pagi bertempat di Level 3, Dewan Sri Makmur 1, H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

AGENDA

  1. Mengesah Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96 yang telah diadakan pada 25 September, 2021.
  2. Menimbang Laporan Berkanun Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Laporan Juruaudit Luar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021.
  3. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit dan cadangan pembahagian keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021 dan subsidiari-subsidiari Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad.
  4. Memilih empat (4) orang Anggota Lembaga bagi mengisi tempat Anggota Lembaga yang telah tamat tempoh mengikut giliran di bawah fasal (1)(2) UUK 38.
  5. Menimbang dan meluluskan kajian semula belanjawan tahun 2022 dan anggaran belanjawan tahun 2023 serta subsidiari-subsidiari koperasi.
  6. Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengerusi dan Setiausaha Kawasan serta saraan kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari atau subsidiari-subsidiari Koperasi.
  7. Meluluskan pelantikan tidak lebih empat (4) panel firma audit untuk mengaudit akaun-akaun koperasi.
  8. Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan koperasi tidak lebih RM 80 juta bagi tahun 2022 dan 2023 serta menetapkan had keterhutangan pinjaman luar tidak lebih RM 80 juta pada kadar faedah semasa pasaran.
  9. Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang perwakilan dan empat (4) orang Anggota Lembaga termasuk Pengerusi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97.
  10. Membahaskan usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97.
  11. Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Aturan Tetap Mesyuarat Agung Kawasan, cadangan Aturan Pembiayaan Islamik Anggota Lembaga dan Aturan Pembiayaan Islamik Pengerusi dan Setiausaha Kawasan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad.

Dengan Perintah

Lembaga Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
MOHAMAD AKHIR BIN ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA KOSWIP


Related News

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kepada anggota KOSWIP yg dihormati, sukacita dimaklumkan dividen bagi tahun 2020 akan mula dikreditkan pada 28 Sept 2021 (Selasa) secara berperingkat berdasarkan akaun bank yang telah diberikan. Sila tekan link whatsapp dibawah untuk memohon penyata/semakan dividen https://wa.me/message/V7OH6Z2XZOC4O1 atau https://wa.me/message/XUZQYIAKLKHAB1 Sekiranya ada anggota yang masih belum mengemaskini no akaun bank sila isikan… Continue reading Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 97
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan secara virtual pada 25 September 2021 (Sabtu) bersamaan 18 Safar 1442H jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3,Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad. AGENDA Mengesah Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 95 yang telah diadakan pada 26 September, 2020.Menimbang Laporan Berkanun… Continue reading Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 97
Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan menutup operasi pejabat cawangan Putrajaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021. Sebarang Pertanyaan bolej hubungi kami melalui WhatsaApp 011 1197 4009 – Pentadbiran 010 551 2314 – Kewangan 017 644 1204 – Kredit