Notis Pencalonan Anggota Lembaga Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 96, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan pada 26 Jun 2021 (Sabtu) bersamaan 15 Zulkaedah 1442H jam 10.00 pagi.

Perwakilan yang ingin menjadi calon dalam pemilihan Anggota Lembaga hendaklah memenuhi syarat-syarat Penentusah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengikut seksyen 43 (2) dan (3) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan mengikut UndangUndang Kecil Koperasi KOSWIP fasal 37 (1).

Borang pencalonan Anggota Lembaga boleh diperolehi di ibu pejabat KOSWIP mulai 19 April 2021 (Isnin) bersamaan 7 Ramadhan 1442H. Tarikh tutup penerimaan borang pencalonan pada 26 April 2021 (Isnin) bersamaan 14 Ramadhan 1442H jam 4.00 petang.

Sekian terima kasih.

Dengan Perintah
Lembaga Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad


Related News

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bersamaan 25 Zulkaedah 1443H jam 9.00 pagi bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan