Notis Pencalonan Anggota Lembaga Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-97

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bersamaan 25 Zulkaedah 1443H jam 9.00 pagi bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan

Perwakilan yang ingin menjadi calon dalam pemilihan Anggota Lembaga hendaklah memenuhi syarat-syarat Penentusah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengikut seksyen 43 (2) dan (3) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan mengikut Undang Undang Kecil Koperasi KOSWIP fasal 37 (1).

Borang pencalonan Anggota Lembaga boleh diperolehi di ibupejabat KOSWIP mulai 14 Februari 2022 (Isnin) bersamaan 12 Rejab 1443H. Tarikh tutup penerimaan borang pencalonanpada 22 Februari 2022 (Selasa) bersamaan 20 Rejab 1443H
jam 5.00 petang

Sekian terima kasih.
Dengan Perintah

Lembaga Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
MOHAMAD AKHIR BIN ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA KOSWIP


Related News

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 97, Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu) bersamaan 25 Zulkaedah 1443H jam 9.00 pagi bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Berikut adalah buku Laporan Tahunan Koperasi KOSWIP 2021 bagi rujukan